Latest Posts

Wednesday, March 10, 2010

Tip Mengundang Wakil Media ke Majlis Pelancaran Produk

Ramai pengamal perhubungan awam (PR) berpendapat bahawa bukan mudah untuk memastikan kehadiran media pada majlis pelancaran produk. Apalagi jika maklumat yang ingin diwartakan bukan bahan berita yang diperlukan oleh pihak media dan khalayak sasaran mereka. Namun, masih ada cara bagi mendapatkan wakil media untuk menghadiri acara kita.

Berikut ialah perkara-perkara yang wajar dititiberatkan sebelum mengadakan majlis pelancaran produk:

Bahan yang Menarik bagi Media
Kenal pasti bahan, laporan atau penyataan yang ingin diedarkan kepada pihak media sama ada ia mempunyai nilai berita yang layak diwartakan. Atau ia hanya sekadar memberi faedah kepada syarikat kita sahaja. Jika berita kita tidak mempunyai nilai berita yang memberi faedah kepada khalayak ramai, majlis pelancaran kita akan menjadi sia-sia kerana tidak mampu menarik wakil media menghadirinya.

Tempat & Tarikh
Setelah memutuskan jika kita mempunyai sesuatu yang akan menarik perhatian media, kita perlu memutuskan tentang dua isu asas yang penting iaitu tempat dan tarikh. Pastikan tempat yang dipilih adalah mudah untuk diekses oleh kemudahan awam seperti bas, teksi ataupun LRT. Sebaik-baiknya lampirkan peta lokasi agar memudahkan wakil media. Tarikh juga menjadi isu kehadiran wakil media jika ia diadakan di luar waktu pejabat, kecuali acara kita benar-benar mempunyai nilai berita yang sangat unik dan menarik.

Undangan Media
Hantar ‘Media Invitation’ atau undangan media kepada pihak media yang relevan dengan produk atau perkhidmatan kita. Elakkan menghantar undangan kita ke meja berita jika kita hanya mengadakan upacara pembukaan cawangan kedai di kawasan pusat bandar. Kebarangkalian undangan kita tidak diendahkan adalah 99%! Bagaimanapun, jika majlis kita akan dihadiri dan dirasmikan individu berpengaruh seperti tokoh politik, ia akan menarik kehadiran wakil media dari meja berita akhbar arus perdana.

Tokoh yang Melancarkan Produk

Majlis pelancaran produk akan menjadi lebih berkesan dari segi publisiti di media massa jika membabitkan ahli politik, selebriti, orang ternama ataupun individu yang berpengaruh. Rujuk acara baru-baru ini berhubung pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan Susulan
Sejurus selepas menghantar undangan media kepada media yang terbabit iaitu setidaknya seminggu sebelum acara diadakan, buat tindakan susulan dengan menelefon untuk memastikan bahawa setiap orang menerima undangan tersebut. Telefon lagi sehari sebelumnya untuk mengingatkan mereka dan memastikan kehadiran mereka tentang acara kita.


(Keterangan Gambar: TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN menunjukkan buku Natrah disamping Datin Seri Fatini Yaacob pada majlis pelancaran buku berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. -- kredit Berita Harian)



Artikel ini disusun semula daripada sumber asal eBook "Rahsia Publisiti Percuma"


Bahan Rujukan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20100309234818/Article/
read more...

Tuesday, March 9, 2010

Program CSR Sebagai Strategi Publisiti untuk PKS

Berita Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (semalam) menggesa pemimpin syarikat memberi balik kepada masyarakat dengan membantu golongan memerlukan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dalam Green Paper the European Commission pada tahun 2001 menyatakan bahawa kebanyakan definisi tanggungjwab sosial korporat (CSR) menunjukkan sebuah konsep persepaduan keprihatinan syarikat terhadap masalah-masalah sosial dan alam sekitar ke dalam operasi perniagaan syarikat dan interaksi sukarela antara syarikat dan para pemegang amanah.

Pengerusi CSR Asia, Richard Welford pula dalam temu bual dengan Bernama (02 April, 2009) menyifatkan penglibatan korporat dalam aktiviti program CSR mendapat pulangan atas pelaburan dalam bentuk penjenamaan, reputasi dan kepercayaan.

Ini bererti, program CSR merupakan sebahagian daripada aktiviti perhubungan awam (PR). Oleh yang demikian, langkah-langkah program PR harus sejajar dengan langkah-langkah CSR yang boleh digolongkan sebagai pelaburan jangka panjang, sekali gus harus dijadikan strategi perniagaan syarikat.

Majlis Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, seperti laporan dalam Utusan Malaysia hari ini, menyaksikan Petronas mengungguli acara itu apabila muncul sebagai pemenang keseluruhan pertandingan itu.

(Keterangan Gambar: Najib Tun Razak menyampaikan trofi kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas sambil diperhatikan Shahrizat Abdul Jalil pada Anugerah Perdana Menteri CSR 2009 di Kuala Lumpur, semalam. - Kredit Utusan Online)

Selain itu, Petronas juga gah apabila dinobatkan sebagai pemenang utama anugerah sama bagi kategori Pendidikan serta kategori Budaya dan Warisan.

Pemenang-pemenang lain adalah CIMB Group bagi kategori Komuniti dan Kebajikan Sosial, Intel Technology Sdn. Bhd. (Persekitaran), The Truly Loving Company (CSR Syarikat Kecil), Telekom Malaysia Bhd. (Amalan Terbaik di Tempat Kerja), Rampai Niaga Sdn. Bhd. (Pemerkasaan Wanita) dan Media Prima Bhd. (kategori Khas Media).
Pakar pemasaran Craig Semit (1994) yang merintis pendekatan baru CSR yang disebut sebagai The Corporat Philanthropy, percaya bahawa CSR harus dikendalikan secara strategik dengan penyelarasan inisiatif CSR yang relevan dengan produk teras (core product) dan pasaran teras (core market), membina identiti jenama, bahkan untuk menarik pasaran, atau memusnahkan pesaing.

Umumnya, jika penerapan program CSR berlaku dalam syarikat, ia pasti akan melibatkan masyarakat. Di mana masyarkat ini merupakan salah satu daripada sasaran yang berpengaruh dalam mengekalkan kewujudan syarikat. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga boleh mengambil initiasif untuk melaksanakan program CSR sama ada dalam kategori pendidikan, masyarakat dan kebajikan sosial, alam sekitar, amalan tempat kerja, pemerkasaan wanita serta budaya dan warisan.

Seperti laporan Berita Harian, Perdana Menteri ketika menyempurnakan Majlis Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 berkata, kerajaan akan memperkenalkan ISO 26000 untuk dijadikan garis panduan kepada syarikat korporat melaksanakan program CSR masing-masing.

"Ia akan diumumkan tahun ini untuk menjadi piawaian sistem pengurusan dan pengukur kepada peningkatan keperluan tanggungjawab sosial dalam amalan perniagaan setiap syarikat sama ada kecil atau besar," katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program CSR terutama yang membabitkan hal ehwal kanak-kanak perlu diberi keutamaan oleh syarikat korporat bagi membantu golongan itu menjalani kehidupan lebih baik dan ceria.

"Pembabitan pihak korporat membantu kementerian terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjaga kebajikan kanak-kanak sangat dialu-alukan. Antara contoh terbaik adalah dalam program Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai program strategik untuk membantu perkembangan awal kanak-kanak," katanya.

Kesimpulannya, jika kita ingin memperkukuhkan jenama dan kesetiaan pelanggan, mengekalkan kewujudan syarikat pada khalayak sasaran, dan menjana reputasi organisasi kita, laksanakan program CSR kerana ia akan memberikan hasil yang baik secara langsung atau tidak langsung dalam kewangan syarikat masa depan. Anggaplah program CSR sebagai strategi publisiti syarikat kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang, sama seperti aktiviti PR yang lain.


Rujukan:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=401288
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=480783
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100308231618/Article/index_html


Bacaan Lanjut:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/9/nation/5823843&sec=nation

Move CSR up the business agenda, says Najib

KUALA LUMPUR: Fewer than 200 companies out of the 600,000 businesses in the country have taken part in the 2009 Prime Minister’s CSR Awards, Datuk Seri Najib Tun Razak said.

“We have a long way to go in putting CSR (corporate social responsibility) strategies at the heart of our efforts for a more sustainable and socially inclusive future.

“It’s clear that we need to move CSR up the business agenda and embed it into the DNA of every company,” the Prime Minister said at the awards presentation ceremony yesterday.

He said this presented an enormous challenge and a huge opportunity to get things right from the start, adding that Malaysian corporations have the resources, vision and entrepreneurial skills to lift the nation to new heights of prosperity.

Because of this, they can ensure that sustainable benefits of prosperity filter through to every segment of society, he added.

Najib said CSR contributions could be encouraged by including CSR activities into the individual staff’s key performance indicators and computed to determine annual increments and bonuses.

Najib also said it was important for the corporate sector to give back to society by participating in deserving projects and causes that cry out for help.

The awards recognised eight categories of CSR activities, including the Empowerment of Women, which was introduced for the 2009 awards, while a special category was created for media reporting.

Two women were among those who received awards for their companies.

Truly Loving Company (TLC) chief executive officer Julia Chong and The Body Shop operator Rampai-Niaga Sdn Bhd managing director Datin Mina Cheah-Foong received the awards for Small Company CSR and Empowerment of Women respectively.

Cheah-Foong said Rampai-Niaga won for its “Stop Violence Against Women” campaign, which began in 2000.

“We have worked for many years to raise the self-esteem of women and make it safe for them to come forward with their abilities and value and to voice their thoughts and opinions,” she said after receiving the award.

Chong, whose three-year-old company sells 42 kinds of household and personal care products, said 100% of the dividends were given to charity.

“I worked for a corporate giant for 30 years and the dividends always went to stakeholders overseas.

“With TLC, we know that all profits are for the less fortunate,” Chong said.

Petronas walked away as the overall winner and was honoured for “giving back” in the Education and Culture and Heritage categories.

Other winners were Intel Technology Sdn Bhd (Environment), CIMB Group (Community and Social Welfare), Telekom Malaysia (Best CSR/Workplace Practice) and Media Prima Bhd (Media Reporting) while Star Publications (M) Bhd received an honourable mention in the same category.

read more...

Monday, March 8, 2010

Strategi Publisiti - Peka & Patuh dengan Undang-undang

Salah satu strategi publisiti adalah dengan mendapatkan sebanyak mungkin senarai media untuk dihantar bahan berita syarikat, produk ataupun perkhidmatan kita.

Dalam proses merancang aktiviti publisiti kita, elakkan daripada terbabit dengan penerbitan yang bakal mengundang masalah pada kemudian hari. Lazimnya kategori ini dikenali sebagai 'hasil penerbitan tak diingini'. Pembabitan kita walaupun hanya sebagai penyiaran bahan publisiti, ia tentunya akan menjejaskan kredibiti organisasi yang kita wakili pada mata pasaran sasaran.

Memetik garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi penerangan dan penjelasan kepada 'hasil penerbitan tak diingini' seperti yang digariskan di bawah seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah yang mempunyai unsur-unsur kandungan seperti berikut:

1) memudaratkan ketenteraman awam
2) memudaratkan keselamatan
3) memudaratkan kemoralan
4) menggemparkan fikiran orang ramai
5) berlawanan dengan mana-mana undang-undang
6) memudaratkan kepentingan awam
7) memudaratkan kepentingan negara

Oleh yang demikian, semasa menjalankan aktiviti publisiti untuk syarikat, produk ataupun perkhidmatan, sebagai pengamal perhubungan awam, kita harus sentiasa patuh dengan undang-undang dan peka dengan sosial budaya negara kita.


Rujukan:

17 Buku Pelbagai Bahasa Dilarang Penerbitan

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan Perintah Larangan terhadap 17 buah penerbitan pelbagai bahasa kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum.

Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Razak Abdul Latif berkata sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh memudaratkan moral masyarakat.

"Daripada keseluruhan jumlah penerbitan yang dilarang, 13 merupakan penerbitan bahasa Melayu, tiga bahasa Tamil dan satu penerbitan berbahasa Cina," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Penerbitan berbahasa Melayu termasuk 'SENSASI 3', 'SENSASI-majalah lelaki millennium', 'Antara Dosa dan Kasih', 'Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2', 'Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik', 'Kama Asmara Edisi 2', 'Gelora Nafsu 7', 'Gelora Nafsu 6'.

'Gelora Nafsu 3 Kompilasi lima cerita terbaik', 'Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan', 'Gelora Nafsu 2 Kompilasi enam cerita terbaik', 'Sensasi Edisi ke-2' dan 'Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta'.

Tiga penerbitan berbahasa Tamil ialah 'Aan-Penn Eruttarai Valkhai', 'Aanmai Kuraivum-Penmai Kuraivum' dan 'Sex Exercise', manakala Hard Magazine merupakan penerbitan berbahasa Cina yang turut dilarang penerbitannya.

Abdul Razak berkata pewartaan Perintah Larangan ini adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan menjadi satu kesalahan mengikut Subseksyen 2 Seksyen 8 akta itu sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, katanya.

-- BERNAMA


17 books, magazines banned

KUALA LUMPUR: The Home Ministry has banned 17 books and magazines for “moral reasons” and because they were deemed unsuitable.

Publications and Quran Text Control Division principal assistant secretary Abdul Razak Abdul Latif said the titles comprised 13 books in Bahasa Malaysia, three in Tamil and one in Mandarin.

He said the titles in Bahasa Malaysia were SENSASI #3, SENSASI -- Majalah Lelaki Millennium, Antara Dosa dan Kasih, Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2, Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik, Kama Asmara Edisi 2, Gelora Nafsu #7 and Gelora Nafsu #6.

Others are Gelora Nafsu 3 Kompilasi Lima Cerita Terbaik, Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan, Gelora Nafsu 2 Kompilasi Enam Cerita Terbaik, Sensasi Edisi ke-2, and Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta.

The Tamil titles are Aan-Penn Eruttarai Valkhai, Aanmai Kuraivum-Penmai Kuraivum and Sex Exercise while the Chinese publication was Hard Magazine.

The titles were banned under Section 7(1) of the Printing Presses and Publications Act 1984.

-- Bernama


SUMBER MAKLUMAT:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=480538
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/8/nation/20100308143056&sec=nation
read more...

Saturday, March 6, 2010

Fungsi Publisiti Semakin diberi Perhatian

Belanja iklan berkembang 7.9% tahun ini seperti laporan akhbar hari ini menunjukkan senario yang sihat dalam bidang pemasaran. Sekali gus ia membuktikan kepentingan fungsi publisiti ke atas sesuatu jenama.

Peningkatan perbelanjaan pengiklanan juga mencerminkan para pengiklan memberi perhatian terhadap peranan pengiklanan dalam meningkatkan kesedaran tentang jenama produk, menjana jualan dan keuntungan syarikat.
Berita penuh yang dipetik di Utusan Malaysia adalah seperti berikut:

Belanja iklan berkembang 7.9 % tahun ini

KUALA LUMPUR 5 Mac - Perbelanjaan pengiklanan Malaysia dijangka berkembang 7.9 peratus tahun ini, demikian menurut satu laporan terkini oleh Carat Media Services (M) Sdn. Bhd.

Ia berkata, jumlah perbelanjaan pengiklanan bagi tahun lepas meningkat 7.4 peratus kepada kira-kira RM6.6 bilion.

Perbelanjaan pengiklanan Januari 2010 mengatasi paras RM500 juta buat pertama kalinya.

"Perbelanjaan pengiklanan Internet pada bulan pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan paling memberangsangkan iaitu 45 peratus, tahun ke tahun, kepada RM2.1 juta berbanding pertumbuhan 22 peratus tahun lepas," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Carat Media Services berkata, pendapatan pengiklanan 2009 mencatatkan penguncupan 18 peratus.


Sumber: Utusan Malaysia, 6 Mac 2010
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

read more...

Monday, January 18, 2010

Pemasaran Kunci Kejayaan Perniagaan

Banyak perniagaan bungkus disebabkan gagal dalam pemasaran. Sebenarnya keseluruhan perniagaan ialah pemasaran. Kita lihat hari ini ramai orang yang mampu menghasilkan pelbagai jenis produk seperti barang-barang herba, makanan yang diproses dan sebagainya.

Kebanyakan mereka ini tidak banyak memberikan perhatian kepada pemasaran sebaliknya memberikan tumpuan kepada pengeluaran. Boleh dikeluarkan, tentu ada orang yang hendak. Pendekatan yang beginilah yang menyebabkan perniagaan seseorang itu tidaklah boleh bertahan.

Dalam pemasaran, perkara utama yang penting ialah siapa yang menjadi sasaran. Kita tidak boleh mengatakan pasaran saya seluruh rakyat Malaysia. Pasaran boleh dibahagi-bahagikan kepada pelbagai pecahan atau segmen - kata orang pemasaran. Ada segmen remaja, segmen dewasa, veteran dan sebagainya. Tidak ada produk yang boleh memuaskan hati semua orang. Kalau kita mengeluarkan produk kesihatan herba, siapa yang menjadi sasaran kita sedangkan beribu jenis produk kesihatan herba dalam pasaran.

Ada pelbagai cara untuk membahagi-bahagikan segmen pasaran. Selain daripada peringkat umur, segmen pendapatan juga boleh digunakan, kawasan tempat tinggal dan jantina, malahan dari segi psikografik (kecenderungan) pun boleh dikategorikan. Misalnya pembeli yang cerewet dengan yang biasa. Apa yang penting ialah apa jua bentuk pembahagian yang digunakan, kita dapat mengagak saiz atau nilai pasaran tersebut.

Misalnya semua orang tahu sekarang bahawa bukan sahaja wanita yang ingin mendandan diri tetapi lelaki juga. Lelaki sekarang berminat untuk menjaga kesihatan dan keterampilan. Mereka juga menggunakan kosmetik yang selama ini digunakan oleh wanita seperti minyak wangi, bedak, pencuci muka, losyen dan lain-lain.

Lelaki sahaja boleh dijadikan segmen sasaran kerana mengambil kira peratusan daripada jumlah yang ada, ia merupakan suatu jumlah nilai pasaran yang besar.

Selepas mengenal pasti pasaran sasaran kita, barulah kita melihat jenis tawaran yang bagaimana patut dihasilkan iaitu dari segi ciri-ciri produk yang dikehendaki oleh segmen tersebut yang belum lagi dipenuhi oleh mana-mana produk yang sedia ada dalam pasaran.

Sebenarnya seseorang usahawan itu tidak perlu mengeluarkan suatu produk baru tetapi mengubah suai produk yang sedia ada dengan ciri-ciri yang baru. Kita lihat susu kanak-kanak misalnya. Kebanyakannya sama saja, daripada susu lembu. Hanya ada sesetengahnya mendakwa ditambah dengan pelbagai jenis additif yang boleh memberikan kelainan kepada mental kanak-kanak.

Salah satu kelemahan usahawan kita ialah mereka menyangka orang akan tahu tentang produk keluaran mereka walaupun mereka tidak melakukan sebarang promosi. Kalau mereka melakukan promosi pun, saluran yang mereka gunakan mungkin saluran atau media yang salah. Memanglah kalau boleh semua orang ingin menggunakan televisyen untuk promosi tetapi kadar bayaran yang dikenakan oleh televisyen mungkin terlalu tinggi bagi sesetengah orang.

Kos sebarang promosi atau pengiklanan wajar dikira bukan dari segi jumlah yang dibelanjakan tetapi dari segi berapa kos untuk menjangkau 1,000 orang. Katalah kita guna ruang iklan dalam program berita di stesen TV popular untuk 3 minit dan setiap setengah minit berharga RM6,000. Untuk 3 minit jumlahnya ialah RM36,000. Satu jumlah yang besar.

Tetapi berapa ramai penonton kepada program berita tersebut harus diambil kira. Kalau 3 juta penonton dan katakan setengah yang perasan akan iklan tersebut, ini bermakna kos untuk seribu orang ialah RM12! Impak yang diperolehi melalui televisyen berlainan daripada lain-lain media seperti radio dan media cetak.

Hari ini kita melihat banyak produk yang dijual secara jualan langsung yang mana syarikat berkenaan melantik pengedar atau stokis untuk menjual produk mereka. Produk-produk ini hanya boleh diperolehi melalui mereka yang dilantik menjadi pengedar sahaja.

Sistem ini memang diamalkan dan banyak yang telah berjaya. Kejayaan mereka ini berlandaskan pelan pemasaran yang mereka gunakan untuk peniaga-peniaga mereka. Mereka yang berjaya diberikan pelbagai jenis ganjaran termasuk kereta dan melancong ke luar negara.

Dengan cara ini, ramai yang berjaya, ramai juga yang tidak. Ada juga di kalangan sesetengah skim jualan langsung ini yang tidak lain daripada skim seperti skim Pak Man Telo dan ramai juga yang sudah terkena.

Pembungkusan dan penglabelan barang-barang juga memainkan peranan penting dalam pemasaran produk. Kita lihat misalnya barang-barang pertanian seperti rambutan dan pisang yang dibungkus semula oleh peniaga Singapura dan dieksport keluar negara dengan mengakui yang barang tersebut ialah produk negara itu. Semua ini timbul disebabkan kelalaian peniaga kita untuk melonjakkan perniagaan mereka kepada rantaian yang lebih tinggi.

Pada waktu yang sama kita lihat penggunaan jenama yang sesuai adalah penting. Jenama yang digunakan sewajarnya mudah untuk diketengahkan. Kita lihat orang Korea misalnya menggunakan jenama LG sahaja untuk barang-barang elektronik. Bila kita tanya apa makna LG, mudah saja Life's Good. Ada juga nama-nama seperti Hyundai, Samsung yang mengekalkan identiti mereka di pasaran luar.

Jenama juga boleh mengasingkan segmen pasaran. Untuk pasaran remaja misalnya jenama lain, untuk pasaran dewasa pula jenama lain. Begitu juga untuk bangsa-bangsa berbeza, guna jenama berbeza. Kopi cap keris bersilang mungkin untuk pasaran orang Melayu dan kopi cap naga mungkin untuk pasaran bangsa Cina. Nama yang terpilih perlu dibangunkan supaya ia mudah dikenali dan diingati oleh pembeli.

Kita lihat hari ini pengeluar kain-kain batik yang eksklusif kita tidak mempunyai jenama yang setaraf dengan jenama eksklusif yang boleh dijaja hingga ke luar negara sama seperti Salvatore Ferragamo, Christian Dior dan Gucci.

Kita tahu seorang usahawan Malaysia yang berjaya mengukir nama dalam bidang kasut eksklusif Jimmy Choo misalnya telah mampu menarik minat golongan elit dan selebriti.

Ramai yang mungkin menyangka perbelanjaan untuk promosi hanya untuk bila ada lebihan pendapatan sahaja, sedangkan ia merupakan faktor penting yang mesti diberikan peruntukan untuk kejayaan perniagaan.

Apabila berlaku krisis, perbelanjaan promosi lazimnya menjadi mangsa pemotongan sedangkan semasa krisis apabila jualan merosot, promosi diperlukan untuk menggalakkan jualan.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 Januari 2010
Oleh: Dato' Salleh Majid ialah bekas Pengurus Besar Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
read more...

Tuesday, January 12, 2010

eBook Rahsia Publisiti diedar Percuma Mulai 18 Januari 2010

Laman sesawang RahsiaPublisiti.com bakal melancarkan eBook berjudul ”Bongkar RAHSIA Meraih PUBLISITI Hampir PERCUMA di Akhbar & Majalah untuk Produk & Organisasi Anda” yang ditujukan kepada pembaca sasaran di kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelajar kolej di bidang komunikasi dan media.

Pada awalnya, saya mengambil masa selama sebulan setengah untuk mengumpul bahan dari pelbagai sumber termasuk pengamatan dan pengalaman sendiri yang hampir dua dekad dalam bidang pengiklanan, pemasaran, perhubungan awam, perancangan media, dan penerbitan.

Seperti kebanyakan daripada pengamal perhubungan awam syarikat, saya juga tercari-cari cara yang paling efektif untuk mendapat publisiti secara percuma beberapa tahun dahulu semasa menggalas tanggung jawab sebagai pegawai perhubungan awam. Setelah terlibat secara langsung dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan media sejak tahun 1991, akhirnya saya kumpulkan segala pengalaman ke dalam eBook ini.

Tujuan eBook setebal 55 halaman ini diedarkan secara percuma adalah untuk memberi peluang yang lebih luas kepada bakal usahawan kecil tempatan, pegawai perhubungan awam di syarikat awam dan swasta, pelajar kolej jurusan komunikasi dan media serta orang ramai menikmati faedah daripada panduan yang disediakan dalam eBook tersebut.

Panduan asas ini amat berguna terutamanya kepada usahawan tempatan bagi merancang perbelanjaan pengiklanan dan mendapat publisiti percuma dengan berkesan di akhbar dan majalah untuk organisasi dan produk mereka.

Memetik kata-kata seorang pengamal profesional bidang penulisan, penjenamaan dan pemasaran, Zamri Mohamad, daripada ruangan PRAKATA dalam eBook ini sebagai berkata
“e-buku ini dalam diam menjadi magnet menarik perhatian kelompok peniaga dari luar dan dalam talian internet. Kerana apa yang ditulis dalam buku ini adalah makanan untuk perniagaan kita terus membesar. Pengalaman Harlym Yeo ialah sesuatu yang diingini oleh setiap peniaga. Tetapi pengalaman itu hanya dimiliki oleh sesetengah individu sahaja. Terhasilnya e-buku ini bermakna perkara yang cuba dirahsiakan dan tidak disampaikan sebelum ini sudah tiba di tangan kita.”
Ebook ini boleh dimuat turun secara percuma mulai 18hb Januari 2010 melalui laman sesawang di alamat http://www.RahsiaPublisiti.com. Anda hanya perlu mendaftar di laman terbabit dan kemudian akan diberi pautan yang dihantar ke alamat e-mel anda untuk memuat turun eBook berkenaan dalam bentuk PDF.

Selamat menbaca.
read more...

Wednesday, December 2, 2009

eBook Rahsia Publisiti Percuma Bakal Dilancarkan

eBook RAHSIA PUBLISITI PERCUMA merupakan panduan asas PR & Media yang diterbitkan bagi membantu masyarakat khususnya mereka yang berkecimpung dalam perniagaan kecil dan sederhana (PKS), peniaga tempatan, usahawan muda, pengamal PR, pegawai perhubungan awam di syarikat swasta & awam, pelajar kolej jurusan media & komunikasi, dan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang perhubungan awam dan media.


Kandungan eBook:
Publisiti & Anda
Pengiklanan VS Perhubungan Awam
Perancangan PR Anda
Aktiviti Penyelidikan & Kajian
Taktik Perhubungan Awam
Tip Menyediakan Kenyataan Media
Gaya, Format & Contoh Press Release
Jenis-jenis Wawancara
Tip Persiapan Wawancara Media
Tujuan Sidang Media
Tip Mengundang Media ke Sidang Media
Akhbar & Majalah di Malaysia


Faedah yang Ditawarkan:
Persoalan dan masalah anda selama ini dalam hal berkaitan PR & Media akan terjawab. Rungkaikan kemusykilan anda dalam eBook ini jika sebelum ini anda tertanya-tanya:
1) Bagaimana saya dapat memulakan aktiviti PR dengan pihak media?
2) Bahan berita yang bagaimanakah mempunyai nilai berita untuk disiarkan?
3) Apakah kaedah yang strategik untuk menghadapi media dengan kos yang terhad?
4) Apakah tip-tip dalam persediaan membuat kenyataan media, persiapan menghadapi wawancara dengan media, dan mengundang media ke upacara organisasi saya?
5) Siapa dan apakah bahan bercetak yang sah di sisi undang-undang yang diterbitkan di Malaysia?

Komen Pengulas
"It's indeed a laudible effort to come up with a simple, straight to the point, easy to understand Bahasa Malaysia PR e-guide book as our industry collages with the virtual world and social media seems to spearhead the communications strategies of tomorrow. E-xcellent, E-loquent & E-asy for those who are keen to know more about the "magical world of PR/Media relations" and how the business world evolves in this route of communications and the journey in your unique presentation has just opened a new pathway to hopefully more Malaysians who are passionate about PR & media."



Syed Mohammed Idid b Dato' Syed Ahmad Idid

Chief Engagement Officer (CEO)
MediaBond Public Relations


Berapa Harga eBook Ini?
Jawapannya = PERCUMA! Tapi dalam tempoh terhad sahaja.

"eBook ini tidak wajar diberi percuma kerana apa yang diberikan oleh penulisnya adalah pengalaman dalam media yang bukan semua orang berpeluang melaluinya. Penulisnya mempunyai pilihan sama ada merahsiakan untuk keperluan bisnesnya sendiri. Sebaliknya, beliau memilih mendedahkan rahsia itu kepada khayalak."

Zamri Mohamad

www.zamrimohamad.com


Saya Ingin Miliki eBook ini, Tetapi Bagaimana Cara?
Tinggalkan nama, e-mel & nombor telefon anda di ruang 'comments' di sini atau e-melkan nama, e-mel & nombor telefon anda kepada saya di HarlymYeo@hotmail.com dengan menyatakan eBook Percuma - Rahsia Publisiti Percuma di ruangan 'subject'. Anda akan perolehi naskhah pra-pelancaran sebelum akhir tahun ini.
read more...