Tuesday, January 12, 2010

eBook Rahsia Publisiti diedar Percuma Mulai 18 Januari 2010

Laman sesawang RahsiaPublisiti.com bakal melancarkan eBook berjudul ”Bongkar RAHSIA Meraih PUBLISITI Hampir PERCUMA di Akhbar & Majalah untuk Produk & Organisasi Anda” yang ditujukan kepada pembaca sasaran di kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelajar kolej di bidang komunikasi dan media.

Pada awalnya, saya mengambil masa selama sebulan setengah untuk mengumpul bahan dari pelbagai sumber termasuk pengamatan dan pengalaman sendiri yang hampir dua dekad dalam bidang pengiklanan, pemasaran, perhubungan awam, perancangan media, dan penerbitan.

Seperti kebanyakan daripada pengamal perhubungan awam syarikat, saya juga tercari-cari cara yang paling efektif untuk mendapat publisiti secara percuma beberapa tahun dahulu semasa menggalas tanggung jawab sebagai pegawai perhubungan awam. Setelah terlibat secara langsung dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan media sejak tahun 1991, akhirnya saya kumpulkan segala pengalaman ke dalam eBook ini.

Tujuan eBook setebal 55 halaman ini diedarkan secara percuma adalah untuk memberi peluang yang lebih luas kepada bakal usahawan kecil tempatan, pegawai perhubungan awam di syarikat awam dan swasta, pelajar kolej jurusan komunikasi dan media serta orang ramai menikmati faedah daripada panduan yang disediakan dalam eBook tersebut.

Panduan asas ini amat berguna terutamanya kepada usahawan tempatan bagi merancang perbelanjaan pengiklanan dan mendapat publisiti percuma dengan berkesan di akhbar dan majalah untuk organisasi dan produk mereka.

Memetik kata-kata seorang pengamal profesional bidang penulisan, penjenamaan dan pemasaran, Zamri Mohamad, daripada ruangan PRAKATA dalam eBook ini sebagai berkata
“e-buku ini dalam diam menjadi magnet menarik perhatian kelompok peniaga dari luar dan dalam talian internet. Kerana apa yang ditulis dalam buku ini adalah makanan untuk perniagaan kita terus membesar. Pengalaman Harlym Yeo ialah sesuatu yang diingini oleh setiap peniaga. Tetapi pengalaman itu hanya dimiliki oleh sesetengah individu sahaja. Terhasilnya e-buku ini bermakna perkara yang cuba dirahsiakan dan tidak disampaikan sebelum ini sudah tiba di tangan kita.”
Ebook ini boleh dimuat turun secara percuma mulai 18hb Januari 2010 melalui laman sesawang di alamat http://www.RahsiaPublisiti.com. Anda hanya perlu mendaftar di laman terbabit dan kemudian akan diberi pautan yang dihantar ke alamat e-mel anda untuk memuat turun eBook berkenaan dalam bentuk PDF.

Selamat menbaca.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "eBook Rahsia Publisiti diedar Percuma Mulai 18 Januari 2010"

Post a Comment