Saturday, March 6, 2010

Fungsi Publisiti Semakin diberi Perhatian

Belanja iklan berkembang 7.9% tahun ini seperti laporan akhbar hari ini menunjukkan senario yang sihat dalam bidang pemasaran. Sekali gus ia membuktikan kepentingan fungsi publisiti ke atas sesuatu jenama.

Peningkatan perbelanjaan pengiklanan juga mencerminkan para pengiklan memberi perhatian terhadap peranan pengiklanan dalam meningkatkan kesedaran tentang jenama produk, menjana jualan dan keuntungan syarikat.
Berita penuh yang dipetik di Utusan Malaysia adalah seperti berikut:

Belanja iklan berkembang 7.9 % tahun ini

KUALA LUMPUR 5 Mac - Perbelanjaan pengiklanan Malaysia dijangka berkembang 7.9 peratus tahun ini, demikian menurut satu laporan terkini oleh Carat Media Services (M) Sdn. Bhd.

Ia berkata, jumlah perbelanjaan pengiklanan bagi tahun lepas meningkat 7.4 peratus kepada kira-kira RM6.6 bilion.

Perbelanjaan pengiklanan Januari 2010 mengatasi paras RM500 juta buat pertama kalinya.

"Perbelanjaan pengiklanan Internet pada bulan pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan paling memberangsangkan iaitu 45 peratus, tahun ke tahun, kepada RM2.1 juta berbanding pertumbuhan 22 peratus tahun lepas," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Carat Media Services berkata, pendapatan pengiklanan 2009 mencatatkan penguncupan 18 peratus.


Sumber: Utusan Malaysia, 6 Mac 2010
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Fungsi Publisiti Semakin diberi Perhatian"

Post a Comment