Monday, March 8, 2010

Strategi Publisiti - Peka & Patuh dengan Undang-undang

Salah satu strategi publisiti adalah dengan mendapatkan sebanyak mungkin senarai media untuk dihantar bahan berita syarikat, produk ataupun perkhidmatan kita.

Dalam proses merancang aktiviti publisiti kita, elakkan daripada terbabit dengan penerbitan yang bakal mengundang masalah pada kemudian hari. Lazimnya kategori ini dikenali sebagai 'hasil penerbitan tak diingini'. Pembabitan kita walaupun hanya sebagai penyiaran bahan publisiti, ia tentunya akan menjejaskan kredibiti organisasi yang kita wakili pada mata pasaran sasaran.

Memetik garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi penerangan dan penjelasan kepada 'hasil penerbitan tak diingini' seperti yang digariskan di bawah seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 adalah yang mempunyai unsur-unsur kandungan seperti berikut:

1) memudaratkan ketenteraman awam
2) memudaratkan keselamatan
3) memudaratkan kemoralan
4) menggemparkan fikiran orang ramai
5) berlawanan dengan mana-mana undang-undang
6) memudaratkan kepentingan awam
7) memudaratkan kepentingan negara

Oleh yang demikian, semasa menjalankan aktiviti publisiti untuk syarikat, produk ataupun perkhidmatan, sebagai pengamal perhubungan awam, kita harus sentiasa patuh dengan undang-undang dan peka dengan sosial budaya negara kita.


Rujukan:

17 Buku Pelbagai Bahasa Dilarang Penerbitan

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan Perintah Larangan terhadap 17 buah penerbitan pelbagai bahasa kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum.

Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Razak Abdul Latif berkata sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh memudaratkan moral masyarakat.

"Daripada keseluruhan jumlah penerbitan yang dilarang, 13 merupakan penerbitan bahasa Melayu, tiga bahasa Tamil dan satu penerbitan berbahasa Cina," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Penerbitan berbahasa Melayu termasuk 'SENSASI 3', 'SENSASI-majalah lelaki millennium', 'Antara Dosa dan Kasih', 'Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2', 'Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik', 'Kama Asmara Edisi 2', 'Gelora Nafsu 7', 'Gelora Nafsu 6'.

'Gelora Nafsu 3 Kompilasi lima cerita terbaik', 'Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan', 'Gelora Nafsu 2 Kompilasi enam cerita terbaik', 'Sensasi Edisi ke-2' dan 'Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta'.

Tiga penerbitan berbahasa Tamil ialah 'Aan-Penn Eruttarai Valkhai', 'Aanmai Kuraivum-Penmai Kuraivum' dan 'Sex Exercise', manakala Hard Magazine merupakan penerbitan berbahasa Cina yang turut dilarang penerbitannya.

Abdul Razak berkata pewartaan Perintah Larangan ini adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan menjadi satu kesalahan mengikut Subseksyen 2 Seksyen 8 akta itu sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, katanya.

-- BERNAMA


17 books, magazines banned

KUALA LUMPUR: The Home Ministry has banned 17 books and magazines for “moral reasons” and because they were deemed unsuitable.

Publications and Quran Text Control Division principal assistant secretary Abdul Razak Abdul Latif said the titles comprised 13 books in Bahasa Malaysia, three in Tamil and one in Mandarin.

He said the titles in Bahasa Malaysia were SENSASI #3, SENSASI -- Majalah Lelaki Millennium, Antara Dosa dan Kasih, Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2, Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik, Kama Asmara Edisi 2, Gelora Nafsu #7 and Gelora Nafsu #6.

Others are Gelora Nafsu 3 Kompilasi Lima Cerita Terbaik, Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan, Gelora Nafsu 2 Kompilasi Enam Cerita Terbaik, Sensasi Edisi ke-2, and Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta.

The Tamil titles are Aan-Penn Eruttarai Valkhai, Aanmai Kuraivum-Penmai Kuraivum and Sex Exercise while the Chinese publication was Hard Magazine.

The titles were banned under Section 7(1) of the Printing Presses and Publications Act 1984.

-- Bernama


SUMBER MAKLUMAT:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=480538
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/8/nation/20100308143056&sec=nation
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Strategi Publisiti - Peka & Patuh dengan Undang-undang"

Post a Comment