
Walau bagaimanapun, kadang kala publisiti lebih berjaya dan efektif daripada pengiklanan kerana kelebihan-kelebihan berikut:
1) Kredibiliti
Khalayak umum selalunya mempercayai fakta-fakta yang ditulis di dalam akhbar daripada iklan-iklan. Kebanyakan kita tidak mempercayai iklan, tetapi mempercayainya bila kita membaca berita mengenainya.
2) Tarikan
Khalayak pembaca lazimnya tertarik membaca peristiwa atau berita yang berlaku di sekeliling mereka. Fikirkan bagaimana anda dapat menggunakan dengan sesuai selebriti sukan, hiburan atau sesiapa sahaja untuk menarik perhatian pelanggan.
3) Dramatik
Pengiklanan memang boleh membuatkan sesuatu produk atau perkhidmatan perniagaan nampak lebih “hebat”. Publisiti juga dapat melakukannya tetapi dengan cara yang berbeza. Publisiti akan menyampaikan mesej berikut, “Kami adalah rakan anda, dan berprihatin seperti anda. Mari kita bekerjasama untuk membuat suasana hidup kita lebih baik.”

0 comments: on "Kelebihan Publisiti"
Post a Comment