Sunday, November 29, 2009

Tiga Langkah Mudah Meraih Publisiti di Media (Siri Kedua)

Sesuatu bahan atau maklumat yang mempunyai nilai berita atau yang layak diberitakan dari sudut pandangan editor, ialah bahan yang pada umumnya menarik minat dan berguna kepada khalayak sasarannya sama ada para pembaca, pendengar atau pun penontonnya.

Pada pandangan individu, bila tuan punya anjing digigit oleh anjing peliharaan, ia layak diberitakan kerana perkara berkenaan tidak pernah berlaku dalam hidupnya. Tetapi, untuk editor, ia bukan bahan berita. Sebaliknya, jika anjing tersebut digigit oleh tuannya, ia merupakan maklumat yang layak diangkat menjadi bahan berita.

Sehubungan itu, sesuatu bahan berita yang layak diwartakan kepada editor Meja Metro, tentu sekali sangat berbeza dengan apa yang layak diberitakan kepada editor Meja Ekonomi. Namun demikian, semua maklumat yang layak diberitakan memiliki beberapa persamaan.

Mengenali Diri

Untuk mengangkat sesuatu maklumat dalam perniagaan anda agar menjadi bahan berita, fikirkan tentang pelanggan sasaran anda. Tempatkan diri anda sebagai pelanggan dan fikirkan… apa yang akan membuat anda bersemangat, tertarik dan terangsang? Sekarang, fikirkan tentang bagaimana perniagaan anda dapat menyediakan beberapa jenis perkhidmatan, produk atau maklumat yang menawarkan penyelesaian ke atas reaksi-reaksi yang tersebut di atas?

Anda mungkin terfikir bahawa menjadi salah seorang pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada ratusan atau ribuan pengusaha yang sama sektor di negara ini mungkin membuatnya sukar untuk menjadi layak untuk diberitakan di akhbar atau majalah. Selaku editor di penerbitan majalah resipi & seni kuliner juga mustahil mengetahui kewujudan perniagaan anda jika tidak diberitahu tentang kewujudan dan keistimewaan perniagaan atau produk anda.

Maka, pendek kata anda sewajarnya menyediakan bahan media yang lengkap untuk disaji kepada pihak media jika berharap bagi mendapat liputan media.

Siri berikutnya akan menerangkan strategi yang boleh anda lakukan demi menarik minat pihak media memberi publisiti secara percuma kepada perniagaan, produk atau perkhimatan anda.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Tiga Langkah Mudah Meraih Publisiti di Media (Siri Kedua)"

Post a Comment