Friday, November 27, 2009

Tiga Langkah Mudah Meraih Publisiti di Media (Siri Pertama)

Salah satu daripada elemen kombinasi pemasaran ialah promosi, selain daripada produk, peletakan harga dan pengedaran. Kesemua elemen 4P ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kredibiliti dan mendatangkan hasil kepada organisasi, perniagaan, syarikat mahu pun produk.

Topik kita di sini adalah tentang promosi. Ada dua kaedah promosi yang boleh dilakukan oleh sesebuah organisasi. Sama ada memilih untuk melakukan promosi berbayar atau pun promosi percuma.

Promosi berbayar merujuk kepada pengiklanan, manakala promosi percuma pula ialah publisiti yang didapati secara percuma tanpa melibatkan apa-apa bayaran.

Banyak organisasi bersaiz gergasi melakukan promosi melalui pengiklanan, sama ada di televisyen, radio, akhbar, majalah mahu pun billboard di lebuh raya. Tidak kurang juga yang melaburkan sebahagian daripada sumber kewangan untuk aktiviti promosi melalui PR atau public relations dengan mengadakan program CSR (corporate social responsibility). Pendek kata, tidak kira saiz organisasi kita, publisiti adalah penting demi meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan khalayak sasaran kepada pihak syarikat. Berbekalkan kepercayaan itu, maka khalayak sasaran akan berurusniaga dengan kita.

Persoalannya... bagaimana pula syarikat atau organisasi yang bersaiz sederhana dan kecil (IKS) berkeupayaan melakukan publisiti jika mempunyai kengkangan kewangan?

Apakah rahsianya agar kita memperolehi publisiti yang diidamkan, terutamanya untuk mendapat liputan di akhbar atau majalah bahkan televisyen tentang perniagaan atau produk kita?

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya rumuskan rahsia ini dalam tiga langkah yang mudah, iaitu dengan:

1) mengenali diri
2) mengaplikasikan strategi yang tepat
3) mensasarkan media yang berkaitan

Entri berikutnya akan menghuraikan satu persatu langkah-langkah yang tesebut di atas.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Tiga Langkah Mudah Meraih Publisiti di Media (Siri Pertama)"

Post a Comment