Friday, November 27, 2009

Definisi PUBLISITI

Banyak definisi yang diberikan untuk istilah PUBLISITI. Antaranya dalam buku Publicity Handbook (Yale, 1991) menyatakan bahawa "publisiti melibatkan penyediaan maklumat yang berasas, menarik, dan layak diberitakan oleh media seperti radio, televisyen, majalah, surat khabar dan jurnal perdagangan yang bukan dikawal oleh kita".

Menurut Effective Public Relations (Broom et al., 2000), "publisiti merupakan maklumat daripada sumber luar yang digunakan oleh media kerana maklumat berkenaan mempunyai nilai berita. Ini merupakan kaedah yang tidak dikawal bagi menempatkan mesej di media kerana sumber terbabit tidak membayar kepada media untuk membuat liputan".

Manakala dalam The Random House Handbook of Business Terms (Nisberg, 1988), ia mendefinisikan publisiti sebagai "maklumat yang direka untuk muncul dalam pelbagai media komunikasi yang bertujuan menjaga nama baik orang atau syarikat kepada khalayak umum atau menarik minat orang ramai terhadap aktiviti yang diusahakan."

Definisi

Bagi saya, PUBLISITI boleh dimakasudkan sebagai satu hebahan atau sebaran yang mengandungi maklumat tertentu yang ditujukan kepada khalayak ramai atau sasaran khusus melalui media penyiaran atau liputan meluas.

Lazimnya aktiviti publisiti diusahakan daripada sebuah organisasi melalui bahagian perhubungan awam dan tujuannya adalah untuk mendapat liputan media bagi kepentingan syarikat atau tokoh syarikat terbabit. Antara contoh acara yang mempunyai nilai berita dan sekali gus mendapat liputan media adalah seperti majlis pelancaran produk baru, upacara pecah tanah, sidang media, tunjuk perasaan, upacara termenterai perjanjian perniagaan dan seumpamanya.

Tujuan Publisiti

Kejayaan sesuatu aktiviti publisiti bergantung kepada kecekapan merancang strategi publisiti dan mengenalpasti sasaran media serta pada masa yang sama mempunyai peristiwa yang layak diberitakan dari sudat pandangan pihak media. Publisiti boleh membantu syarikat mencapai banyak tujuannya. Sebagai contoh, publisiti yang berkesan boleh menarik pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan, mempelawa lebih ramai pelanggan ke kedai, meningkatkan kehadiran pada acara khusus, dan membantu memperjelas kesalahfahaman.

Syarikat harus teliti dalam memilih acara yang wajar dibuat publisiti bagi mengelak daripada publisiti berlebihan. Tidak semuanya memerlukan skala besar untuk menarik perhatian media kecuali ia benar-benar penting dan mempunyai nilai berita. Kaedah pengiklanan boleh dijadikan alternatif dalam melengkapkan usaha publisiti untuk perkara yang kurang nilai beritanya.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "Definisi PUBLISITI"

Yati Rahim said...

Satu penerangan yang ilmiah. Baik juga untuk digunakan oleh studen mass comm.

Post a Comment